Dengan Sensor 3.1 Gigapixel, Ini Ialah Kamera Digital Terbesar Dunia

Diterbitkan pada Okt 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sensor terbesar pada telefon pintar ialah 200MP yang digunakan pada Xioami 12T Pro dan Motorola Edge 30 Ultra. Namun begitu saiz sensor ini adalah kerdil apabila dibandingkan dengan sensor yang digunakan pada kamera Legacy Survey of Space and Time (LSST) yang kini memegang rekod sebagai kamera digital terbesar dunia.

Sensor LSST adalah sebesar 3.1 Gigapixel dengan saiz fizikalnya sebesar 1.57 meter. Ini adalah sensor yang sama mengambil gambar 3.1 GP pertama dunia oleh penyelidik Stanford pada tahun 2020. Sebanyak 189 sensor CCD digunakan untuk menghasilkan kamera yang kemudian diletakkan di balai cerap Vera C. Rubin yang sedang dibina di Chile. Apabila beroperasi kelak kamera LSST akan menangkap data sebesar 15 terabytes setiap malam selama 10 tahun bagi meninjau berbilion planet dan bintang di angkasa.

Kerana saiznya yang besar, sistem penyejukan khas diperlukan bagi memastikan suhu sensor sentiasa di tahap -100 °C bagi mengurangkan hingar pada gambar yang diambil. Kerana saiznya yang besar ini, berat keseluruhan kamera mencecah 3 tan dan mengambil masa tujuh tahun untuk dibina. Ia kemudiannya akan dipasang pada balai cerap Vera C. Rubin pada Mei 2023 sebelum mengambil gambar pertama menjelang 2024.

komen


© Amanz / 2022 Kami