Carian
Produk Gantian Nikotin Kini Boleh Dibeli Secara Lebih Meluas
October 6, 2022 Nazrin

Sebagai sebahagian daripada Generational End Game (GEG) untuk memastikan negara bebas rokok, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai undang-undang baru untuk memastikan generasi akan datang tidak lagi merokok, dan memudahkan mereka yang masih lagi ketagih untuk mengurangkan aktiviti tidak sihat tersebut.

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa nikotin, khususnya produk-produk gantian nikotin seperti nicotine patch tidak lagi akan diwartakan dibawah kawalan Akta Racun 1962 berkuat-kuasa hari ini, 6 Oktober 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ini adalah sebahagian daripada GEG dan untuk memudahkan mereka yang mahu berhenti merokok untuk mencari alternatif yang akan membantu mereka untuk jangkamasa pendek dan sederhana.

Dengan pengecualian ini, produk-produk gantian nikotin boleh dijual secara lebih meluas di kedai-kedai, dan ini akan memberi pengguna lebih banyak pilihan untuk cara-cara berhenti merokok.

Komen