Samsung Dilaporkan Tangguh Pembangunan Tablet Premium Ke Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Okt 6, 2022. oleh .

Samsung kini dilaporkan menangguhkan pembangunan tablet generasi akan datang mereka – disebabkan oleh permintaan produk elektronik, termasuk tablet yang semakin berkurangan.

Hal ini juga dikatakan disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.

Mengikut laporan dari Korea Selatan, ia dikatakan pembangunan siri Galaxy Tab S9 ditangguhkan ke tahun hadapan.

Dengan penangguhan ini, Samsung juga dijangka akan hadir dengan perancangan baharu untuk pemasaran tablet premium mereka pada tahun hadapan.

Buat masa ini, Samsung dilihat memfokuskan kepada penawaran Samsung Galaxy Tab S8 bagi pasaran tablet premium, selain turut menawarkan tablet dibawah siri A pada harga lebih kompetitif.

komen


© Amanz / 2023 Kami