Selepas sekian lama dinantikan, Google Pixel Tablet yang diumumkan pada Google I/O bulan Mei lepas kini rasmi dilancarkan serentak dengan Pixel Watch, Pixel 7 dan Pixel 7 Pro. Google Pixel Tablet dilihat dibina untuk digunakan bersama-sama dengan peranti Pixel, agar ciri seperti pemesejan, panggilan telefon dan video boleh digunakan terus pada skrin yang lebih besar.
Pixel Tablet turut dijana dengan Tensor G2, tetapi saiz skrin, memori dan butiran lain masih dirahsiakan. Tablet ini turut hadir dengan dengan kemasan nano seramik yang mengambil inspirasi daripada tembikar yang lembut apabila disentuh.
Pixel tablet turut boleh dicas secara magnetik dengan dermaga khas, menjadikannya seperti sebuah Nest Hub Max yang jauh lebih berkuasa. Ini bermakna, pengguna boleh menggunakan tablet ini untuk mengawal peranti berhubung di rumah, menjadikan album digital, dan sentiasa mengecas tablet 24 jam. Dermaga ini turut berfungsi sebagai speaker untuk memberikan audio yang lebih imersif.
Pixel Tablet masih belum dilancarkan secara rasmi, ia hanya akan hadir pada tahun 2023 akan datang – jadi tiada harga lagi buat masa ini. Dengan Pixel Tablet ini, Google dilihat ingin menjadikan ekosistem peranti berhubung Nest mereka lebih meluas.