Aplikasi Permesejan Signal Kini Turut Menambah Ciri “Stories”

Diterbitkan pada Okt 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Signal, salah satu aplikasi permesejan popular kerana penawaran ciri sekuriti dan penyulitan penuh, kini turut mengumumkan penambahan sebuah ciri baharu pada peringkat beta, iaitu ciri “Stories”.

Melaluinya, kini para pengguna boleh berkongsi teks, imej dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam selepas diterbitkan – seperti terdapat pada Instagram, Facebook, mahupun WhatsApp Status.

Ciri baharu ini masih pada peringkat beta, dan turut diberikan pilihan untuk pengguna sama ada mengaktifkannya atau mematikannya melalui halaman tetapan.

Sumber : Signal

komen


© Amanz / 2022 Kami