Apple hari ini telah mula menawarkan iPhone 14 Plus – iaitu variasi skrin bersaiz besar 6.7-inci dibawah keluarga siri iPhone 14.
Telefon ini menggantikan model Mini sebelum ini, dan kekal menyertakan penawaran seperti iPhone 14 lain – termasuk dwi-kamera belakang 12MP, dijana cip Apple A15 Bionic, dan lain-lain.
iPhone 14 Plus juga turut menyertakan ciri terbaru seperti kenal-pasti impak kemalangan.

Di Malaysia, iPhone 14 Plus ditawarkan dalam 3 variasi, iaitu 128GB pada harga RM4699, 256GB pada harga RM5199, dan 512GB pada harga RM6199.
Pembelian boleh dilakukan bermula hari ini, dan laman Apple rasmi memperlihatkan tarikh penghantaran seawal 17 Oktober 2022.