Google Pixel Watch Tidak Disokong Pada iPhone

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Pixel Watch yang dilancarkan lewat malam semalam hanya boleh digunakan dengan telefon pintar Android. Ini disahkan menerusi lama rasmi Google yang menunjukkan Pixel Watch hanya boleh digunakan pada peranti dengan Android 8 dan ke atas.

Aplikasi Pixel Watch yang diperlukan untuk mengawal turut tidak ditawarkan di Apple App Store. Tindakan Google ini tidak mengejutkan kerana Samsung juga tidak menyokong peranti iOS sejak jam tangan pintar mereka berpindah ke Wear OS sejak tahun lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami