Carian
Rekaan Honda Prologue Diperlihatkan – SUV BEV Pertama Honda
October 7, 2022 Effi Saharudin

Rekaan Honda Prologue diperlihatkan secara rasmi semalam selepas selama ini ia sekadar diacah. Ia merupakan SUV BEV pertama dari Honda yang selama ini menawarkan kenderaan elektrik hibrid seperti HR-V di Malaysia. Dari segi saiz, Prologue adalah lebih besar berbanding sebuah CR-V. Kenderaan empat pintu ini direka menerusi kerjasama Honda dan General Motors dengan ia akan dipasarkan bermula 2024.

Rekaan dalaman terdiri daripada dua skrin besar. Satu sebesar 11.3″ untuk pemandu dengan ia memaparkan pelbagai maklumat mengenai kereta. Satu lagi skrin sebesar 11″ untuk sistem infohibur dan kawalan sistem dalamanan kenderaan. Kedua-dua skrin lebih terkeluar dari papan pemuka jika dibandingkan dengan kenderaan Honda semasa.

Rekaan stereng masih sama seperti yang digunakan pada Honda CRV 2022 lengkap dengan beberapa butang fizikal untuk tombol pendingin hawa dapat dilihat. Spesifikasi motor elektrik, kapasiti bateri, jarak operasi dan harga masih belum diumumkan.

Komen