Apple Watch Series 8, SE Dan Ultra Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1199

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ketiga-tiga model jam tangan Apple Watch Series 8, Apple Watch SE dan Apple Watch Ultra kini boleh dibeli di Malaysia. Ketiga-tiganya hadir dengan pelbagai ciri baharu seperti pengesanan aktiviti sukan yang lebih dan juga tahap ketahanan yang berbeza.

Apple Watch SE adalah model paling asas tanpa ciri pengesanan ECG. Ia ditawarkan dalam dua saiz 40 dan 44mm dengan ia kalis air sehingga boleh dibawa berenang. Bagi yang ingin berbelanja lebih ia turut hadir dengan versi 4G selular. Perbezaan lain dengan Series 8 dan Ultra ialah tiada sensor suhu untuk melihat tahap kesuburan tiada ciri mengesan tahap oksigen dalam darah. Apple Watch SE dijual pada harga bermula RM1199 (40mm/GPS) dan meningkat ke RM1499 (44mm/LTE).

Apple Watch Series 8 pula adalah model dengan pelbagai ciri penjejakan kesihatan, ECG, mengesan kemalangan dan terdapat sensor suhu untuk wanita mengetahui tahap kesuburan. Ia ditawarkan dalam dua saiz 41 dan 45mm dengan ia kalis air sehingga boleh dibawa berenang.

Bagi yang ingin berbelanja lebih ia turut hadir dengan versi 4G selular. Apple Watch Series dijual pada harga bermula RM1899 (41mm/GPS) dan meningkat ke RM3699 (45mm/LTE) dengan tubuh besi tahan karat.

Akhir sekali Apple Watch Ultra adalah jam tangan pintar Apple yang paling berkuasa. Ia hadir dengan kerangka 49mm yang lebih besar, mempunyai butang fizikal baharu untuk akses aplikasi kegemaran, menggunakan rekaan sedikit berbeza yang lebih kukuh dan tahan lasak, serta saiz skrin besar.

Memandangkan jam ini dihasilkan untuk penggunaan aktiviti lasak dan mereka yang aktif, Apple menyertakan sistem dwi-GPS Apple L1+L5, hadir dengan ciri siren, aplikasi kompas, muka jam kompas, muka jam yang boleh ubah warna dengan putaran Digital Crown serta ketahanan bateri sehingga 60 jam.

Apple Watch Ultra kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM3799. Hanya satu variasi sahaja yang ditawarkan iaitu dengan sokongan selular. Tetapi pembeli boleh pilih pelbagai jenis tali jam berbeza, pada harga RM399. Penghantaran dilihat boleh dilakukan dalam masa satu hari bekerja.

komen


© Amanz / 2022 Kami