Skrin LTPO Google Pixel 7 Pro Tidak Sebaik Pada Peranti Samsung, Oppo Dan Apple

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dua peranti mercu terkini Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro dilancarkan malam tadi dengan ia juga yang pertama menggunakan Android 13. Sebagai pembawa panji-panji Google, ramai pasti mengharapkan Pixel mempunyai spesifikasi yang lebih baik berbanding peranti mercu Samsung dan Apple namun ini tidak berlaku.

Google mengesahkan skrin LTPO pada Pixel 7 Pro hanya menyokong kadar segar semula 10-120Hz sahaja. Pada iPhone 14 Pro dan Galaxy S22 Ultra, skrin LTPO berfungsi dalam julat 1-120Hz. Malahan Oppo Find X5 Pro yang dilancarkan awal tahun ini mempunyai skrin dengan kemampuan yang sama.

Ini bukan satu-satunya kekecewaan mengenai Pixel 7 kerana cip Tensor G2 yang digunakan mengekalkan teras Cortex-X1 dan A76 yang sudah agak berusia. Sungguhpun spesifikasi peranti adalah sederhana berbanding pesaing, ia masih dijual pada harga yang agak mahal.

komen


© Amanz / 2022 Kami