Oppo A77s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM999

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo A77s kini ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Ia merupakan sebuah peranti berspesfikasi pertengahan yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 680. Ini juga adalah cip yang sama digunakan pada beberapa peranti pintar sedia ada seperti Realme 9i, Honor X7, Samsung Galaxy A23 dan banyak lagi.

Di Malaysia, telefon pintar ini dijual pada RM999 (8GB/128GB) dengan pilihan warna seperti Sky Blue dan Starry Black. Ketersediaan adalah bermula 8 Oktober 2022 menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia. Sebagai tambahan, setiap pembelian disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM99 yang berupa set kecantikan daripada jenama Y.O.U.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A77s dilengkapi skrin 6.56-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Cip Snapdragon 680 digunakan dengan padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 33W.Turut disertakan adalah kamera utama 50MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 8MP.

komen


© Amanz / 2022 Kami