Cari @ Amanz

Selamat hari Apple di Malaysia kerana iPhone 14 Plus dan Apple Watch Ultra mula ditawarkan kepada pengguna tempatan hari ini. Turut kini boleh dibeli ialah TWS Apple AirPdos Pro Gen 2 yang dijual pada harga RM1099 sebuah.

AirPods Pro 2 mengekalkan rekaan model terdahulu cuma dipertingkat dengan cip H2 bagi memberikan pengalaman audio yang lebih baik seperti ANC yang dipertingkat. Pod pengecas mempunyai lubang speaker untuk memudahkan ia dikesan menggunakan ciri Find My dan terdapat juga lubang untuk tali lanyard untuk mengelakkan ia hilang dengan mudah.

Bateri putik telinga boleh bertahan sehingga 6 jam dan meningkat ke 30 jam dengan pod pengecas. Pengecasan boleh dilakukan dengan kabel Lightning dan juga pengecasan nirwayar MagSafe.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd