Cari @ Amanz

Seutas lagi peranti boleh pakai baharu daripada Oppo turut ditawarkan buat pengguna di Malaysia menerusi pengenalan Oppo Band 2. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM249 dengan pilihan warna seperti Midnight Black dan Baby White. Ketersediaan adalah bermula 8 Oktober 2022 menerusi kedai atas talian serta pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia.

Oppo Band 2 merupakan seutas penjejak kesihatan bermuka empat segi memanjang dengan tali silikon. Bersama-sama dengannya, ia juga dimuatkan dengan skrin AMOLED 1.57-inci bersama kepadatan piksel 500nits, di samping 200 pilihan muka jam yang boleh dikostumasi mengikut kesesuaian.

Dari segi fungsi, pelbagai sensor menjejak kesihatan dan kecergasan disokong olehnya seperti kadar degupan jantung, pola tidur dan banyak lagi. Selain itu, Oppo Band 2 juga menawarkan lebih daripada 100 mod sukan terbina yang merangkumi larian, berenang dan e-Sport Mode yang memfokuskan terhadap permua.

Seterusnya, cip pemprosesan Apollo 3.5 dengan memori 8MB PSRRAM dan storan 128MB Nand digunakan. Dengan bateri 200mAh pula, ia diiklankan mampu beroperasi sehingga 14 hari. Sebagai tambahan lain, ia juga mempunyai ketahanan 5 ATM yang membuatkannya kalis percikan air.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd