Carian
Rekaan Aerotrain Baharu KLIA Diperlihatkan – Bakal Beroperasi 2025
October 7, 2022 Effi Saharudin

Sistem kereta api Aerotrain KLIA sudah berusia 24 tahun. Sejak lapan terbang ini dibuka, ia tidak ditukar dan kerana usianya yang agak usang sering menghadapi gangguan operasi yang memaksa penumpang pergi ke terminal menggunakan bas. Hari ini pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkongsi rekaan Aerotrain baharu yang akan memulakan operasi menjelang 2025.

Tren terdiri daripada tiga gerabak dengan kemampuan membawa sehingga 270 penumpang. Apabila beroperasi kelak ia mampu membawa 5400 penumpang setiap jam. Sementara menanti proses Aerotrain diganti sepenuhnya, pihak MAHB telahpun mengumumkan sebelum ini mereka akan meningkatkan jumlah bas pengantara antara terminal bagi mengurangkan kesesakan.

Komen