TIME Menawarkan Pelan 2Gbps Hanya Di Mont Kiara, Segambut Dan Desa Park City Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TIME hari ini telah mula menawarkan pakej internet berkelajuan tinggi 2Gbps secara rasminya – sekaligus membolehkan pengguna di rumah menikmati kelajuan mencapai 2Gbps untuk muat-turun, dan kelajuan muat-naik mencapai 500Mbps. Pelan 2Gbps ini ditawarkan pada harga RM379 sebulan, dengan kontrak 24 bulan.

Walaubagaimanapun, ia masih terhad untuk beberapa lokasi sahaja buat masa ini. Melalui perkongsian TIME, ia hanya ditawarkan di tiga lokasi buat masa ini, iaitu Mont Kiara, Segambut dan Desa Park City.

Penawaran terhad ini adalah disebabkan oleh keperluan naik-taraf infrastruktur dalam dapat menampung kelajuan berkenaan. Maka, proses naik-taraf infrastruktur ini sedang dilakukan secara berperingkat.

TIME mengatakan mereka akan memperluaskan penawaran internet 2Gbps secara berperingkat ke kawasan-kawasan lain dalam bulan-bulan akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami