Carian
Kemaskini Windows 11 2H22 Ditunda Seketika Untuk Sejumlah Pengguna Kerana Isu Perisian Pemacu
October 7, 2022 Nazrin

Microsoft telah memperkenalkan kemaskini 2H22 untuk sistem operasi Windows 11 sejak 20 September yang lalu, dan walaupun ramai telah memuat-turun kemaskini ini, terdapat juga segelintir pengguna yang masih belum menerima pilihan tersebut.

Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan bahawa perkara ini berlaku kerana pihak Microsoft telah mengesan beberapa isu yang berkenaan perisian pemacu yang dipasang yang akan menyebabkan masalah untuk pengguna apabila kemaskini 2H22 dipasangkan.

Windows 11

Ini termasuklah isu dimana mesin pencetak hanya boleh menggunakan fungsi asas sahaja, dan ciri-ciri seperti cetakan warna, cetakan duplex dan sebagainya tidak akan berfungsi seperti yang sepatutnya.

Keserasian dengan perisian pemacu Intel Smart Sound juga diperlihatkan, dan lebih serius lagi, kemaskini untuk ciri SecureBoot tidak boleh dimuat-turun dan dipasangkan.

Microsoft juga telah memperlihatkan sejumlah penambahbaikan sementara yang boleh dilakukan oleh pengguna sebelum mereka memperkenalkan kemaskini yang lebih kekal.

Jika komputer Windows 11 anda masih belum menerima kemaskini 2H22 ini, mungkin anda perlu menunggu sedikit lagi untuk mendapatkannya.

Komen