Google Memesan Sebanyak 8 Juta Unit Peranti Siri Google Pixel 7 Daripada Pembekal

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. oleh .

Siri peranti Google Pixel mungkin adalah peranti mercu keluaran Google sendiri, tetapi siri peranti ini secara lazimnya hanya dijual di pasaran-pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Singapura di Asia Tenggara.

Oleh kerana ini, jumlah jualan siri peranti tersebut secara lazimnya tidak begitu diperkatakan kerana ia tidaklah se-gah jenama-jenama lain seperti Apple, Samsung, Huawei dan sebagainya.

Tetapi untuk pelancaran Google PIxel 7 dan Pixel 7 Pro, Google nampaknya telah meminta untuk para pembekal dan pembangun peranti tersebut untuk meningkatkan pengeluaran peranti-peranti ini kepada sekitar 8 juta unit.

Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro dikuasakan oleh cip pemprosesan Tensor G2 yang tampil dengan ciri-ciri pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan yang membantu peranti ini hadir dengan ciri-ciri pemprosesan dan pengimejan yang lebih berkuasa.

Setakat ini Google masih belum mengatakan apa-apa mengenai penjualan peranti Google Pixel mereka ke negara-negara baru, tetapi kami menjangkakan bahawa mereka yakin bahawa jualan peranti terbaru ini akan menjadi sangat popular dikalangan peminat peranti Pixel.

komen


© Amanz / 2023 Kami