Kini Anda Boleh Keluar WhatsApp Groups Secara Senyap

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Majoriti antara kita gemar menggunakan WhatsApp sebagai aplikasi pemesejan yang mampu menghubungkan setiap individu dengan mudah. Ia bukan sahaja tersedia untuk perbualan secara individu malahan turut membolehkan pengguna berkomunikasi dengan lebih ramai orang menerusi WhatsApp Group.

Bagaimanapun perasaan serba salah semestinya akan timbul jika seseorang itu mahu keluar daripada sesuatu kumpulan yang dirasakan tidak berminat. Namun, ia tidak berlaku lagi dengan kemas kini baharu WhatsApp yang membolehkan pengguna keluar daripada kumpulan secara senyap. Melaluinya tiada sebarang notifikasi yang akan diterima oleh pengguna lain. Sebaliknya hanya pentadbir sahaja yang akan diberitahu apabila anda meninggalkan ruangan sembang.

Bagi segelintir pengguna, pembaharuan ini boleh dianggap menarik kerana ia bukan sahaja boleh mengelakkan perasaan serba salah. Malahan, turut sama mengurangkan drama apabila seseorang meninggalkan sesuatu ruangan sembang.

komen


© Amanz / 2022 Kami