Carian
TCL
Rekaan TCL 40 R Tertiris – Mungkin Menyokong Rangkaian 5G
October 7, 2022 Amy Maizuraa

Sebuah peranti pintar TCL kini tertiris menerusi perkongsian baharu 91 Mobiles. Ia menunjukkan peranti berkenaan kelak dikenali sebagai TCL 40 R dan butiran mengenainya turut sama dikongsi. Dari aspek rekaan, ia menampilkan panel hadapan bertakuk kecil untuk peletakan kamera swafoto tunggal. Turut disertakan adalah pengimbas cap jari yang disediakan pada butang kuasa dan sistem tri-kamera utama di belakang.

Kamera ini disusun secara menegak dengan salah satu sensor bersaiz besar, di samping LED Flash yang turut disertakan. Kemasan panel belakang menampilkan corak unik yang semestinya untuk cengkaman lebih baik di dalam genggaman. Terdapat dua pilihan warna yang mungkin ditawarkan seperti ungu dan hitam.

Untuk spesifikasi, TCL 40 R mungkin sekadar sebuah peranti 5G kelas asas. Skrin 6.6-inci beresolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz digunakan, di samping cip pemproses MediaTek Dimensity 700. Memori pula 4GB RAM dengan storan dalaman mencapai 128GB. Lain-lain spesifikasi yang mungkin dimuatkan termasuklah bateri 5000mAh dan menjalankan Android 12.

Komen