Acer Swift Edge telah diumumkan hari ini sebagai sebuah komputer riba dengan binaan nipis dan ringan. Ia juga memfokuskan kepada keperluan produktiviti dan beberapa ciri utama yang diketengahkan termasuklah skrin sejenis OLED serta CPU AMD Ryzen 6000.
Untuk lebih khusus, komputer riba ini menggunakan skrin sebesar 16-inci OLED beresolusi WQUXGA (3840 x 2400 piksel) dan kadar segar semula 60Hz. Paparan ini turut dibekalkan sokongan untuk gamut warna sRGB 100%, kecerahan puncak 400 nits, bernisbah aspek 16:9 dan melepasi pensijilan TUV Rheinland.
Terdapat empat pilihan CPU AMD Ryzen 6000 yang terdiri dengan AMD Ryzen 7 PRO 6850U, AMD Ryzen 7 6800U, AMD Ryzen 5 PRO 6650U dan AMD Ryzen 5 660U. Turut disertakan adalah GPU Grafik AMD Radeon, memori sehingga 32GB LPDDR5 Dual-Channel dan storan dalaman mencapai 1TB PCIe Gen4.
Lain-lain spesifikasi termasuklah Windows 11 Home/Pro, sokongan bluetooth 5.2, bateri 54Wh dan kamera web beresolusi FHD. Pilihan I/O yang tersedia pula merangkumi 2 X USB Type-C 3.2 Gen 2, 2 X USB Type-A Gen 1, 1 X HDMI 2.1, mikrofon dan bicu audio 3.5mm.
Untuk harga, Acer Swift Edge dijual bermula $1,499 (~RM6,970) sebuah.