Kerajaan Beri Kredit Dompet Digital RM100 Untuk M40, RM200 Untuk Belia 18-20 Tahun Dan Pelajar

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini, kerajaan mengumumkan inisiatif dalam meneruskan galakkan menggunakan dompet digital untuk gaya hidup nirtunai. Ini akan meneruskan inisiatif seperti sebelum ini, dimana kredit ditawarkan melalui dompet digital seperti BigPayGrabPayShopeePay dan  Touch n Go eWallet untuk dibelanjakan.

Menariknya, untuk tahun ini, kredit akan ditingkatkan kepada RM200 untuk para belia berusia 18 ke 20 tahun, selain para pelajar universiti.

Selain itu, tahun ini juga menyaksikan peruntukkan untuk mereka dibawah golongan M40, yang akan menerima kredit sebanyak RM100.

Info lanjut berkenaan penawaran kredit ini dijangka akan diumumkan menjelang pemberiannya kelak – yang mana mungkin dilaksanakan sekitar awal atau pertengahan 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami