Bajet 2023 : RM10 Juta Akan Digunakan Untuk Membeli Pencetak 3D Untuk Mencetak Gigi Palsu

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sewaktu pengumuman Bajet 2023, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz telah mengumumkan bahawa sebanyak RM10 juta akan digunakan untuk membeli mesin pencetak 3D untuk tujuan mencetak dentur ataupun gigi palsu.

Ini adalah sebahagian daripada sebuah projek yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin baru-baru ini, iaitu Projek Rintis Penghasilan Gigi Palsu bersama Klinik Pergigian Kuala Lumpur dan Klinik Pergigian Bandar Botanik.

Ia dijangka bahawa dengan projek rintis ini, jumlah penghasilan produk dentur dapat ditingkatkan dari 90 unit sebulan ke 300 unit sebulan, dan jumlah lawatan yang perlu dilakukan oleh mereka yang memerlukan gigi palsu dapat dikurangkan dari lima lawatan ke dua lawatan sahaja sebelum mereka boleh menerima dentur tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami