Bajet 2023 : Pakej Remaja Keluarga Malaysia Dilanjut Sehingga April 2023 – RM30 Untuk 20GB Bagi 3 Bulan
October 7, 2022
Telekomunikasi
Aman
Dibawah Bajet 2023, kini kerajaan mengumumkan akan meneruskan pelan prabayar Pakej Keluarga Malaysia sehingga April 2023 kelak.

Dibawah pelan ini, para remaja boleh melanggan ia pada harga RM30 untuk tempoh 3 bulan, dan akan menerima akses kepada data sebanyak 20GB bagi tempoh 3 bulan tersebut.
Pelan ini sedia ditawarkan sejak Oktober 2021 lepas, dan kini ia diteruskan sehingga April 2023 kelak.
