Bajet 2023 : Pusat Bantuan OKU Akan Menyokong Panggilan Video Untuk Pengguna Bahasa Isyarat

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi mengurangkan jurang teknologi golongan OKU di Malaysia, kerajaan mengumumkan pusat bantuan OKU akan akhirnya menyokong sistem panggilan video. Dengan teknologi ini OKU pendengaran boleh mengakses pelbagai talian kerajaan berkenaan menggunakan bahasa isyarat.

Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih inklusif bagi golongan OKU. Selain itu kerajaan juga akan meningkatkan jumlah taska OKU ke 50 buah berbanding hanya 13 pada waktu ini.

Sebanyak RM10 juta turut diperuntukkan untuk baucar perjalanan OKU melalui perkhidmatan seru pandu. Majikan yang mengambil tenaga kerja OKU akan menerima insentif sehingga RM750 sebulan selama tiga bulan. Kesemua ini akan menelan belanja RM 1.2 bilion.

komen


© Amanz / 2022 Kami