Cari @ Amanz

E-Sukan dilihat masih lagi merupakan industri yang berkembang untuk ekonomi tempatan, dan terkini Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukan RM13 juta untuk mengembangkan lagi industri tersebut di pasaran tempatan.

Peruntukan yang diberikan tersebut dilihat sedikit lebih rendah berbanding dengan RM20 juta yang diperuntukan oleh kerajaan sewaktu belanjawan sebelum ini, tetapi masih lagi merupakan satu nilai yang cukup tinggi untuk memastikan Malaysia ialah nama yang cukup dikenali di rantau ini apabila bercakap mengenai industri e-sukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd