Carian
Bajet 2023 : Pusat Respons Scam Kebangsaan Akan Beroperasi Bulan Ini – RM75 Juta Memperkasakan CyberSecurity Malaysia
October 7, 2022 Effi Saharudin

Pusat Respons Scam Kebangsaan akan memulakan operasi bulan ini menurut Menteri Kewangan Tunku Zafrul ketika pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi. Ini akan menjadi pusat setempat untuk mangsa penipuan atas talian untuk mendapatkan bantuan serta melaporkan pelbagai kes yang kian meningkat sekarang.

Bagi memastikan orang ramai cakna mengenai kes dan jenis penipuan atas talian, program literasi kewangan dan digital pengguna akan turut diperhebatkan. Akhir sekali kerajaan akan memperuntukkan RM73 juta bagi memperkasakan CyberSecurity Malaysia bagi mengukuhkan pemantauan, pengesanan dan pelaporan ancaman siber termasuk membina keupayaan sistem forensik siber negara.

Komen