Bajet 2023 : UTC Akan Dijadikan Sebagai Hab Digital Termasuk e-Sukan

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. oleh .

Dalam pengumuman Bajet 2023 hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz turut berkata, kerajaan melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan pelopori usaha transformasi Urban Transformation Centre (UTC) sebagai hab digital. Melaluinya, urus niaga di UTC akan dijalankan secara nirtunai di samping turut sama menggalakkan aktiviti digital yang merangkumi e-sukan dan pengekodan untuk manfaat belia setempat.

Dalam perkembangan yang sama, kerajaan turut mencadangkan penubuhan dua lagi UTC baharu, di samping penyelengaraan UTC sedia ada dengan peruntukan bernilai RM20 juta.

komen


© Amanz / 2023 Kami