Cari @ Amanz

Gentari, anak syarikat Petronas telah pun sedia ditubuhkan sebagai peneraju dalam arena tenaga bersih. Pada hari ini, Gentari telah mula menawarkan pengecas kenderaan elektrik di beberapa lokasi – termasuk di KLCC.

Bergerak ke hadapan, pada 2023 kelak, Gentari menyasarkan untuk menyediakan sekitar 500 pengecas kereta elektrik di seluruh negara.

Disamping itu, Gentari juga turut akan memasang panel solar di kemudahan kerajaan dan komersil – sekaligus meningkatkan penghasilan dan penggunaan tenaga lestari dan bersih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd