Bajet 2023 : Skim Pembiayaan Teknologi Hijau Menerima Pembiayaan RM3 Bilion Sehingga 2025

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teknologi hijau dilhat akan kekal menjadi sektor yang cukup penting sekali di Malaysia, dengan pembiayaan sebanyak RM3 bilion yang akan disalurkan untuk sektor pembangunan teknologi kenderaan elektrik (Electric Vehicle) dan juga pelupusan sisa elektrik/elektronik.

Jumlah pembiayaan RM3 bilion tersebut akan dijamin sehingga tahun 2025, dan had jaminan untuk pembangunan teknologi EV akan ditingkatkan sehingga 60 peratus, manakala pembiayaan sektor sisa akan dipertingkatkan ke 80 peratus.

Bank Negara Malaysia akan menyediakan 1 bilion ringgit dibawah Dana Pembiayaan Teknologi Tinggi dan Hijau bagi menyokong syarikat pemula teknologi lestari yang inovatif dan 1 bilion ringgit di bawah Dana Pembiayaan Peralihan Karbon Rendah untuk membantu syarikat PKS menerap amalan rendah karbon.

Melalui Dana Impak, Khazanah akan menyediakan 150 juta ringgit bagi merancakkan pembangunan projek mesra alam termasuk menyokong pasaran karbon dan restorasi hutan terosot.

Tenaga Nasional Berhad juga akan memasang atap solar serta menyediakan kemudahan pengecasan EV dengan pelaburan 165 juta ringgit sehingga tahun 2025.

komen


© Amanz / 2022 Kami