Bajet 2023 : Kerajaan Menyediakan Dana RM50 Juta Untuk Penerbitan Filem Kenegaraan

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam usaha menyediakan lebih banyak kandungan yang malar segar, kerajaan menyediakan dana sebanyak RM50 juta untuk penerbitan filem kenegaraan (DEKAN). Ini sebagai salah satu langkah positif dalam usaha memacu industri kreatif tempatan. Dalam pada itu, kerajaan turut menyediakan dana kandungan digital berjumlah RM102 juta sebagai langkah memasarkan produk penggiat seni, sekaligus menggalakkan penghasilan lebih banyak karya kreatif.

Selain daripada itu, pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas barangan studio dan produksi penggambaran turut diberikan. Tidak ketinggalan, pengecualian cukai untuk sumbangan terhadap tabung komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan turut sama diberikan.

komen


© Amanz / 2023 Kami