Carian
Kenderaan Elektrik Yang Diimport Akan Menerima Pengecualian Cukai Sehingga Penghujung 2024
October 7, 2022 Nazrin

Salah satu fokus kerajaan untuk tahun hadapan ialah pembangunan teknologi hijau dan juga penggunaan tenaga hijau untuk mengurangkan isu pencemaran di negara. Sehubungan dengan itu, kerajaan juga telah membuat pengumuman mengenai pembelian dan jualan kenderaan elektrik.

Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz telah mengumumkan sewaktu Bajet 2023 bahawa duti import dan eksais akan dikecualikan untuk kenderaan jenis CBU import sehingga 31 Disember 2024. Dalam pada itu, yuran Approved Permit (AP) untuk import kenderaan elektrik juga akan ditangguhkan sehingga 31 Disember 2023 untuk syarikat-syarikat yang membawa masuk kenderaan-kenderaan ini.

Untuk membantu membangunkan infrastruktur pengecasan EV tempatan, syarikat-syarikat pembangun teknologi pengecasan EV akan diberi pengecualian cukai pendapatan dan cukai pelaburan 100 peratus ke atas pendapatan mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032.

Komen