TNB Akan Merintis Projek Internet Luar Bandar Menggunakan Kabel Elektrik

Diterbitkan pada Okt 7, 2022. oleh .

Ketika PKP jurang capaian internet antara pengguna dalam dan luar bandar didedahkan kepada umum. Pelajar luar bandar perlu memanjat pokok semata-mata untuk mendapat rangkaian internet selular bagi mengikuti pembelajaran atas talian. Justeru itu jurang ini perlu dikambus segera bagi mengelakkan golongan luar bandar terus ditinggalkan.

Tenaga Nasional Berhad TNB

Tenaga Nasional Berhad akan merintis pelaksanaan Projek Internet Luar Bandar dengan menggunakan kabel elektrik. Projek ini akan memanfaatkan lebih 60 ribu penduduk luar bandar dan disokong melalui geran sepadan sebanyak 25 juta ringgit. Projek ini bergerak selari projek rangkaian fiber optik di kawasan pinggir bandar yang telah dimulakan sejak 2018 menerusi anak syarikat mereka Allo Technology.

komen


© Amanz / 2023 Kami