Cari @ Amanz

Digi Mendapatkan Pegangan Sebanyak 12.5% Pada DNB

Oleh Aman

Link Copied!

Digi hari ini mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian untuk mendapatkan pegangan ekuiti pada DNB sebanyak 12.5%.

Untuk makluman, sejumlah 65% pegangan ditawarkan oleh kerajaan pada DNB kepada 4 syarikat telekomunikasi. Baki 35% pegangan ekuiti akan dimiliki oleh pihak Kementerian Kewangan.

Digi mengatakan pegangan akan turut meningkat kepada 17.5% sekiranya penyatuan Celcom dan Digi selesai pada pertengahan 2023 kelak – dan pegangan ekuiti Kementerian Kewangan akan menurun kepada 30% pada tempoh tersebut.

Digi dijangka akan membelanjakan secara keseluruhan sebanyak RM291,666,668 untuk tujuan ini – bagi pegangan berjumlah 17.5% sekiranya penyatuan Digi dan Celcom berlaku. Sekiranya penggabungan tidak berlaku, maka Digi akan mengeluarkan belanja sebanyak RM178,571,429 untuk pegangan 12.5%.


Komen ()