Cari @ Amanz

Sejak kebelakangan ini, Twitter kerap menguji ciri baharu tidak kira untuk pengguna Twitter Blue ataupun pengguna biasa. Semalam mereka mula mengedarkan ciri memuat naik gambar, GIF dan video dalam satu ciapan. Kemudian pengguna Twitter Blue mula dapat menggunakan ciri suntingan ciapan.

Hari ini, Twitter dilihat menguji ciri baharu pula iaitu perkongsian ciapan dengan tangkapan layar pada peranti. Setiap kali tangkapan layar pada ciapan dilakukan akan ada tetingkap kecil di bahagian bawah dipaparkan memberi pengguna pilihan sama ada ingin salin pautan atau terus kongsi ciapan.

Bergantung pada versi aplikasi, model peranti atau bahasa, tetingkap ini mungkin akan paparkan pilihan Copy Link sahaja atau Copy Link dan Share Tweet. Jika Copy Link ditekan, pautan kepada ciapan itu akan disalin ke papan klip. Manakala jika Share Tweet ditekan ia akan membuka panel perkongsian memberi pilihan kaedah perkongsian lain seperti Bookmark, hantar pautan ke DM atau ke aplikasi lain.

Ciri ini dilihat hadir pada pengguna iOS sahaja dan tidak muncul pada peranti Android. iPhone 14 Plus saya hanya memaparkan satu pilihan, sementara iPhone 14 Pro Max dan iPhone 13 Pro Max rakan sekerja memaparkan dua pilihan tadi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd