Susah bertahun lamanya, hanya menggunakan iPhone video yang dimuat naik ke media sosial adalah yang paling berkualiti berbanding kebanyakan peranti Android. Sekarang, iPhone masih menjuarai walaupun usianya sudah bertahun – tetapi ada beberapa peranti Android sudah mula menawarkan kualiti video yang tinggi apabila dikongsi ke media sosial seperti peranti mercu Samsung.
Beberapa peranti Pixel turut menyokong kemampuan ini kerana mempunyai ciri Social Share dan Social Media Depth Features. Kini ia diteruskan lagi dengan Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro, tetapi lebih berkualiti dan ia khusus untuk mereka yang aktif di Snapchat dan TikTok.
Dengan menggunakan Pixel 7 atau Pixel 7 Pro, pengguna boleh memuat naik rakaman video 10-bit HDR ke Snapchat dan TikTok untuk memberikan kualiti video yang nampak lebih profesional dengan warna yang lebih tajam, terang dan memelihara butiran dengan lebih baik.
Ini adalah sebahagian daripada strategi Google yang mengemaskini Camera2 API mereka untuk menyokong rakaman video HDR. Sekarang khusus untuk dua peranti Pixel baharu, akan datang ia mungkin boleh ditawarkan ke lebih banyak peranti.