Maybank memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan utamanya akan tergendala pada Ahad ini iaitu 9 Oktober 2022. Ia tidak dapat diakses untuk sementara waktu di antara jam 11:30 – 11:59 malam. Hal ini berlaku disebabkan oleh penyelenggaraan pada sistem bagi membolehkan pengalaman beli-belah tanpa gangguan sewaktu jualan 10.10. Senarai perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat adalah seperti:
- Maybank2u & pembayaran atas talian
- Aplikasi MAE
- Aplikasi QRPay Biz
- Aplikasi Maybank Wealth
- Pembayaran FPX
- Transaksi kad debit
- Mesin ATM
- Mesin deposit cek
Pihak Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan menyarankan orang ramai untuk membuat sebarang transaksi lebih awal.