Carian
Huawei Mengacah Pengenalan Huawei Mate50 Di Malaysia Tidak Lama Lagi
October 8, 2022 Aman

Huawei kini menyenaraikan Huawei Mate50 sebagai akan datang pada laman rasmi mereka – dan pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengguna tempatan untuk menguji dan mencuba peranti tersebut di beberapa Huawei Experience Store terpilih.

Huawei Mate50 hadir dengan skrin 6.74-inci OLED, dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1, kamera utama 50-megapixel, serta bateri 4700mAh dengan pengecasan pantas. Huawei menjalankan sistem EMUI, dan dilengkapi AppGallery untuk kedai aplikasi.

Buat masa ini, harga jualan untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi. Tetapi dengan mengacah kehadirannya ini, kita mungkin melihat ia diumumkan sekitar bulan ini atau November kelak.

Komen