Cari @ Amanz

Selari pengumuman Kesatuan Eropah dengan perundangan baharu untuk pelbagai peralatan elektrik beralih ke penggunaan pengecas berasaskan USB-C, kini Bloomberg berkongsi mengatakan Apple akan turut mengemaskini sokongan sambungan kepada USB-C pada sejumlah produk keluaran mereka.

Apple dijangka melakukan perubahan kepada sokongan pada AirPods, membolehkan pengguna mengecas dengan mudah fon telinga menggunakan sokongan USB-C.

Disamping itu, pelbagai aksesori Mac juga dijangka menambah sokongan USB-C, termasuk seperti tetikus dan juga papan kekunci Mac.

Apple dijangka mengemaskini produk merkea ini dalam tempoh dua tahun ini – dimana mereka juga mungkin memperkenalkan sedikit kemaskini rekaan pada produk mereka bersama-sama pengenalan piawaian pengecas baharu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd