Boston Dynamic Berjanji Tidak Menggunakan Teknologi Robot Untuk Tujuan Ketenteraan

Diterbitkan pada Okt 10, 2022. oleh .

Penggunaan robot dalam bidang ketenteraan telahpun dilakukan di China, Amerika Syarikat, Rusia dan Turki. Robot dapat menggandakan keberkesanan tentera yang kini berhadapan isu jumlah rekrut yang semakin berkurangan. Minggu lalu Boston Dynamics bersama dengan Agility Robotics, ANYbotics, Clearpath Robotics, Open Robotics dan Unitree Robotics melakukan aku janji teknologi robotik awam mereka tidak akan digunakan bagi tujuan ketenteraan.

Selain tidak menggunakan teknologi kenderi untuk ketenteraan, keenam-enam syarikat turut tidak akan membantu syarikat lain untuk membangunkan teknologi bagi pihak lain. Mereka turut akan meningkatkan penilaian pelanggan yang membeli produk dan mengusahakan penyelesaian teknologi untuk mengurangkan risiko penggunaan senjata robotik.

Usaha yang dilakukan Boston Dynamics ini adalah boleh dipuji walaupun pada peringkat awal mereka membangunkan robot Big Dog yang membawa kargo khusus untuk kegunaan tentera. Teknologi ini kemudiannya menjadi inspirasi kepada robot Da Gou yang dibangunkan di China.

komen


© Amanz / 2023 Kami