North Face Melancarkan Jaket Musim Sejuk Dengan Penggendong Bayi Untuk Lelaki

Diterbitkan pada Okt 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

 The North Face melancarkan jaket musim sejuk dengan penggendong bayi terbina di Jepun. Jaket musim sejuk biasa mempunyai aksesori penggendong yang boleh dipakai di tubuh dengan bahagian kain hadapan tambahan untuk menutup tubuh bayi.

Jaket ini dihasilkan khusus untuk Jepun bagi menggalakkan golongan bapa untuk turut melakukan tanggungjawab menjaga bayi yang secara tradisinya dilakukan oleh golongan ibu. Sejak 2018 North Face mula menjual produk untuk wanita mengandung dan tahun lalu pula mula menawarkan jaket unisex untuk penjagaan bayi.

Selain jaket dengan penggendong yang boleh disambungkan, North Face turut menawarkan beg membawa barangan keperluan bayi yang dilengkapi 11 poket dan diperbuat daripada bahan tahan lasak GORE-TEX. Di Jepun jaket ini dijual pada harga 60,500 yen (RM1934) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami