Cari @ Amanz

iPhone 14 Pro Max Dengan Jam Rolex Terbina Dijual Pada Harga RM630,000

Link Copied!

Caviar terkenal sebagai syarikat yang menghasilkan edisi khas pelbagai telefon pintar keluaran Apple dan Samsung dengan kemasan yang diperbuat daripada emas, titanium dan platinum. Dengan iPhone 14 Pro telah dilancarkan secara rasmi bulan lalu, Caviar kini menawarkan model edisi terhad Daytona yang hadir dengan jam tangan Rolex terbina pada panel belakang dan kemasan logam berharga.

Rekaan mengambil inspirasi dari jam tangan Rolex Daytona yang menjadi penaja perlumbaan kereta di Litar Daytona. Sebuah jam tangan Rolex Daytona yang berfungsi dan tiga papan pemuka yang kelihatan seperti papan pemuka kereta milik Malcolm Campbell yang menjadi pemegang rekod kereta terpantas pada awal kurun ke 20. Ketiga-tiga meter kereta ini sekadar hiasan dan tidak berfungsi. Tiga buah suis mekanikal di bahagian juga berfungsi cuma tidak disambung kepada sistem mekanikal jam.

Caviar menawarkan iPhone 14 Pro Max Daytona dan iPhone 14 Pro Daytona dalam jumlah terhad tiga unit sahaja. Harga jualan bermula daripada $133,670 (~RM622,000) dan meningkat ke $135,420 (~RM630,00) sebuah.


Komen ()