Rekod Dunia Pecutan 0-100 kmj Terpantas Untuk Kenderaan EV Dipegang Oleh Kereta Lumba Kerdil Ini

Diterbitkan pada Okt 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kenderaan kuasa elektrik (EV) akan digunakan secara lebih meluas dalam dekat mendatang. Ini tidak dapat dielakkan lagi dengan kerajaan Malaysia sendiri memberikan pelbagai subsidi untuk menggalakkan pembelian dibantu dengan syarikat swasta seperti Gentari yang memasang stesen pengecas. Antara kelebihan kenderaan elektrik berbanding kenderaan bahan api fosil (ICE) ialah kemampuan pecutan yang lebih tinggi.

Rekod dunia pecutan 0-100 km/j kini dipegang oleh kereta lumba kerdil yang dibangunkan oleh GreenTeam dari University of Stuttgart. Ia mengambil masa 1.416 saat sahaja dan ini adalah jauh lebih pantas berbanding rekod terdahulu 1.513 saat yang dipegang oleh pasukan AMZ Racing.

Kereta ini hanya seberat 145 kilograms yang dipadankan dengan empat motor elektrik berkuasa gabungan 241 kuasa kuda. Kereta elektrik produksi terpantas pada waktu ini ialah Tesla Model S Plaid yang mencatatkan mencatatkan pecutan yang sama dalam masa 1.98 saat.

Kereta elektrik GreenTeam ni bukan sahaja lebih pantas berbanding Tesla tetapi juga lebih pantas berbanding Bugatti Chiron Super Sport, Ferrari SF90 Stradale dan Porsche 918 Spyder yang kesemua mencatatkan masa lebih 2 saat.

komen


© Amanz / 2022 Kami