WhatsApp Groups Kini Menyokong Sehingga 1024 Peserta

Diterbitkan pada Okt 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp kini dilihat terus memperluaskan dan menambah sokongan peserta dalam sesuatu WhatsApp Groups. Selepas memperkenalkan sokongan untuk sehingga 512 peserta sebelum ini, kini melalui kemaskini baharu, WhatsApp menyokong sehingga 1024 peserta dalam sesuatu WhatsApp Groups.

Dengan langkah ini, WhatsApp Groups yang lebih besar boleh dibentuk oleh para pengguna.

Penambahan ciri ini adalah selari dengan beberapa fungsi baru diperkenalkan pada WhatsApp Groups, termasuk sokongan panggilan video sehingga 32 orang serentak, selain integrasi WhatsApp Community.

Ciri sokongan sehingga 1024 peserta ini sedang diperkenalkan secara berperingkat – dan dilihat telah aktif pada kami yang menggunakan WhatsApp Beta.

komen


© Amanz / 2022 Kami