MediaTek Dimensity 1080 Dilancarkan Dengan Teknologi 6nm Dan Sokongan Kamera 200MP

Diterbitkan pada Okt 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MediaTek melancarkan cip Dimensity 1080 pagi ini dengan ia merupakan penambahbaikan untuk cip Dimensity 920. Ia masih lagi dihasilkan dengan teknologi 6nm serta mengekalkan konfigurasi dua teras Cortex-78 tetapi pada kelajuan 2.6GHz dan enam teras Cortex-A55 yang tidak pula didedahkan konfigurasinya. Ini dipadankan pula dengan GPU Arm Mali-G68 GPU.

Cip kini menyokong kamera sehingga 200MP serta membawakan sokongan rangkaian 5G Sub-6Ghz dan WiFi 6.  Sistem kecerdasan buatan AI processing unit 3.0 (APU 3.0) turut disertakan sekali pada cip yang akan mula digunakan pada peranti pintar bermula suku keempat 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami