YouTube Handles Diperkenalkan Untuk Satu Lagi Pengenalan Identiti Di Platform

Diterbitkan pada Okt 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah menjadi lumrah untuk mempunyai nama sebenar, nama atas talian dan nama pendek manja yang digunakan hanya oleh ahli keluarga atau rakan terdekat. Oleh sebab itu mempunyai persona berbeza antara platform kadang kala boleh menyebabkan kekeliruan keran nama A digunakan di Facebook tetapi nama B pula digunakan di TikTok.

Hari ini YouTube Handles diperkenalkan sebagai satu lagi cara untuk memudahkan identiti peribadi pengguna dicari dalam platform YouTube. Dengan Handles, pengguna boleh memilih satu lagi nama dengan tanda “@” di hadapan. Sebagai contoh saya boleh menggunakan nama @obefiend di YouTube selepas ini.

Ini adalah berbeza dengan nama saluran yang digunakan oleh YouTube selama ini yang masih boleh digunakan. Perbezaannya ialah selepas ini selain URL kepada saluran, pengguna boleh berkongsi juga pautan menggunakan URL youtube.com/@nama_handles yang dipilih

komen


© Amanz / 2022 Kami