Tecno Pova 4 Dan Pova 4 Pro Dilancarkan Dengan MediaTek Helio G99 Dan Bateri 6000mAh

Diterbitkan pada Okt 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Pova daripada Tecno merupakan barisan peranti pintar yang memfokuskan kepada prestasi dan sering ditawarkan dalam julat harga mampu milik. Terkini, Tecno dilihat hadir dengan dua lagi penawaran baharu menerusi pengenalan Pova 4 dan Pova 4 Pro.

Kedua-duanya dilihat berkongsi reka bentuk dan sejumlah besar perkakasan dalaman yang sama. Perbezaan kecil hanya terletak pada skrin dan sistem pengecasan yang disokong. Di mana, Pova 4 Pro dilengkapi saiz skrin 6.82-inci LCD HD+, pengecasan berwayar 45W dan nirwayar 10W. Sementara itu, Pova 4 pula menggunakan skrin AMOLED 6.66-inci beresolusi FHD+ dan pengecasan berwayar 18W.

Lain-lain spesifikasi adalah sama sokongan kadar segar semula mencapai 90Hz. Cip MediaTek Helio G99 digunakan dengan padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Turut disertakan adalah bateri 6000mAh, kamera utama 50MP, kamera swafoto 8MP, pembesar suara stereo, menjalankan Android 12 dan sokongan NFC.

Pova 4 boleh didapati dalam dua pilihan warna Uranolith Gray atau Fluorite Blue, tetapi tiada maklumat mengenai harga yang didedahkan. Sementara itu, Pova 4 Pro pula dijual pada BDT 26,900 (~RM1,244) dalam warna Fluorite Blue.

komen


© Amanz / 2022 Kami