Honor Play 6C 5G Diperkenalkan Dengan Cip Snapdragon 480+ Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Okt 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Play 6C telah diperkenalkan secara rasmi di China sebagai sebuah peranti kelas asas. Melaluinya, ia dijana dengan cip Snapdragon 480 Plus, di samping beberapa ciri lain seperti bateri 5000mAh dan kamera utama tunggal 13MP.

Untuk lebih khusus, skrin sejenis TFT LCD sebesar 6.5-inci beresolusi HD+ (720 X 1600 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 480+, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan 22.5W. Sementara itu kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP turut digunakan. Tidak ketinggalan, peranti ini turut mempunyai pengimbas cap jari sisi dan menjalankan MagicUI 5.0 berasaskan Android 12.

Untuk harga, Honor Play 6C dijual pada RMB1099 (~RM715) (6GB/128GB) dan RMB1299 (~RM845) (8GB/128GB) denga tiga pilihan warna seperti Magic Night Black, Aurora Blue serta Titanium Silver.

komen


© Amanz / 2022 Kami