Cari @ Amanz

Sony Xperia 5 IV telah dilancarkan secara rasminya pada September yang lalu. Ia merupakan peranti berspesifikasi mercu tekini daripada Sony yang memuatkan pelbagai ciri dan fungsi menarik dalam tubuh bersaiz kompak.

Bagi yang berminat, sesi pratempah untuk peranti telah dibuka sekarang hingga 24 Oktober 2022 dengan harga jualan RM4,899. Menariknya, setiap pembelian ini disertakan dengan set fon telinga Truly Wireless LinkBuds S (RM929) dan kad gores Touch ‘n Go bernilai RM50. Promosi bagaimanapun adalah tertakluk kepada konsep sementara stok masih ada.

Sony Xperia 5 IV dilengkapi skrin sebesar 6.1-inci OLED bernisbah aspek 21:9. Ia turut dipadankan dengan beberapa ciri tambahan lain seperti kadar segar semula 120Hz dan pensijilan HDR10+. Turut disertakan adalah cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5000mAh.

Sistem tri-kamera utama yang digunakan terdiri dengan 12MP + 12MP + 12MP yang turut menyokong pelbagai profil warna Zeiss. Di samping itu, ia turut mengintegrasikan beberapa ciri kamera daripada kamera siri Alpha. Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan pelindungan kalis air IP68.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd