Google Play Store Kini Menyokong Pembayaran FPX – Beli Aplikasi Guna Akaun Bank “Online”

Diterbitkan pada Okt 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Play Store kini menambah satu lagi kaedah pembayaran baharu pada gedung aplikasi dan kandungan digital mereka, iaitu membayar terus menggunakan FPX.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menetapkan pilihan FPX, dan seterusnya menggunakan akaun bank atas-talian masing-masing untuk melaksanakan bayaran.

Untuk menetapkannya, pengguna perlu ke halaman akaun di Google Play Store, dan memilih tetapan pada pilihan pembayaran. Seterusnya, tambah pilihan bayaran FPX – dan boleh memilih pilihan bank yang diinginkan.

Sebaik sahaja melakukan tetapan, apabila anda membeli aplikasi atau sebarang kandungan digital di PlayStore, anda akan dipaparkan dengan pilihan membayar menggunakan akaun bank anda. Untuk memproses seterusnya, anda akan dibawa ke halaman bank, dan melakukan bayaran ketika itu.

Dengan langkah ini, pengguna boleh lebih mengawal perbelanjaan pembelian mereka memandangkan ia tidak dipotong secara automatik seperti penggunaan akaun perbankan lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami