Carian
Honor X40 GT Akan Dilengkapi Cip Snapdragon 888 – Pelancaran Rasmi Pada 13 Oktober
October 11, 2022 Amy Maizuraa

Honor X40 telah dilancarkan sebelum ini sebagai sebuah peranti kelas pertengahan dengan rangkaian 5G terbina. Melaluinya ia dijana dengan cip Snapdragon 695, di samping beberapa ciri menarik lain seperti skrin AMOLED 120Hz dan bateri 5100mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Terkini ia nampaknya bakal dikemaskini dengan penawaran baharu menerusi pengenalan Honor X40 GT. Seperti namanya, ia dijangka memberi fokus terhadap permainan mudah-alih (permua) di samping turut dipadankan dengan cip Snapdragon 888 yang berteknologi 5nm.

Turut didedahkan adalah reka bentuknya yang dilihat serba hijau dan hitam bersama penjenamaan GT pada modul kamera. Sebahagian besar daripadanya diinspirasikan daripada Honor X40 sendiri dengan modul kamera berbentuk bulat. Di samping, panel hadapan sejenis rata dan berlubang di tengah dengan kamera swafoto tunggal.

Untuk spesifikasi, telefon pintar ini dijangka menggunakan skrin LCD bukanya AMOLED seperti Honor X40. Turut melengkapinya adalah kadar segar semula 120Hz dan bateri yang menyokong sistem pengecasan pantas berwayar 66W. Seperti biasa, penawaran penuh akan terjawab sewaktu pelancaran rasminya yang dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober ini.

Komen